Wednesday, 28 September 2016

Kita Lain-lain

Kita lain-lain.
Hati lain.
Rupa lain.
Bentuk lain.
Cerita lain.
Perjalanan hidup lain.
Ujian pun lain.

Rambut je sama hitam.

Tapi,
Cerita aku A, cerita kau B.
Jalan hidup aku bengkok tanpa bendul.
Jalan hidup kau pula lurus berbendul.
Ujian aku susah sikit.
Mungkin kau belum ada ujian.

Tapi
Hidup kita ni macam roda.
Sentiasa berputar.
Kadang aku di bawah, kadang di atas.
Hidup tak selalunya bahagia.
Bahagia tak semestinya lama.

Jangan kita lupa.
Siapa diri kita.
Sedarlah sentiasa.
Semuanya kita pinjam dari 'Dia'.
Jangan angkuh.
Jangan takbur.
Semua ni dunia.
Yang tak kekal lama.

No comments: