Saturday, 20 August 2016

Jangan..

'Encik H disahkan HIV positif'
Hasil temubual,
Dia kata dia melakukan seks bebas.

Dalam hati,
Aku mencemuh.
Mesti kes nak rosakkan perempuan.
Mesti kes
'Habis madu sepah dibuang, cari madu lain'
Terus dari sudut hati,
Menyelinap rasa benci yang amat.
'Dasar lelaki dayus!'
Aku mengomel,
'Ni Allah balas balik apa yang kau dah buat dulu! Karma!'
Betul, aku marah.
Betul, aku terus menghukum.

Tiba-tiba aku terdiam.
Teringat kata-kata dalam novel Hlovate.
'Siapa kata dalam hidup ni takde button delete? Ada, taubat.'

Dan aku positifkan diri.
Aku je hukum mereka ni.
Padahal, kalau dia bertaubat.
Maka mulialah dia.
Selagi belum terlambat,
Selagi nyawa dikandung badan,
Pintu taubat sentiasa terbuka.
Allah tu maha pemaaf.

Mungkin, 
Kesilapan lama dia buat hati dia terbuka.
Siapa tau?
Aku pun taktau.
Yang aku tau,
Aku terlalu cepat menghukum..

Dan aku,
Tak sisihkan dia.
Aku anggap dia sama macam pesakit yang lain.
Dia juga manusia.
Yang tak lari dari melalukan kesilapan.

No comments: