Sunday, 4 June 2017

Dan hari itu...

Alhamdulillah...
Itu hari, aku cuba nasib.
Tak berapa mengharap.
Tapi kalau dapat dah tentu akulah yang paling gembira.

Mak forward message.
'Job Interview at 'somewhere'.
Aku baca laju-laju.
Tak sempat tengok kriteria.
Terus aku cari,
Tarikh, tempat dan masa.
Agak excited.

Dalam waktu yang singkat.
Persiapan cuma dalam seminggu.
Kebetulan tengok roster - cuti.
Yela, kalau dah rezeki kita, mudah je.

Takde soal penat walaupun sehari.
Taknak berdalih, taknak beri alasan.
Aku balik. 
Revision gitu-gitu je.
Tak dan nak baca sangat.
Sebab kepenatan.

Pagi tu..
Mak abah hantar.
Lepas tu dorang balik. 
Sebelum tu...
'Mak doakan kakpip berjaya interview ni'
Adududuu *bergenang*
Suara dah serak. 
Airmata aku cuba tahan.
Teringat kegagalan beberapa interview sebelum ni.
Yang mana, bukan rezeki aku.
Tapi aku tau, mak berharap.
Dan kali ni, masih mengharap.

Sebelum interview,
Ada English test dan nursing test.
Dalam 30 minit jugak.
Lepas tu, kertas soalan dipungut.
Sorang-sorang nama yang dipanggil.
Sampai sudah nama aku takde.
Orang yang sampai lambat dah pun dipanggil.
Agak terkilan.
Kenapa bukan first come first serve?
Ada beberapa orang, siap terus dapat offer.
Eh?
Nama aku takde lagi ni.
Sampailah pukul 1pm.
Yang lain pun dah pergi lunch, ada yang dah balik.
Aku tunggu lagi.
Tak lama lepas tu,
Nama aku dipanggil. 

Selesai interview, 
'We will call you within 2 weeks.'
A bit down.
Sebab, statement ni aku dah pernah dengar.
Masa interview yang pernah aku gagal.

Sesampai dirumah...
'Macam mana interview tadi'
Excited mak bertanya.
Tapi aku, tak excited pun menjawab.
Tapi sedapkan hati.
'Okay je mak. Interview okay, test pun okay.'
Honestly, everything was okay. Tapi...
'Dorang cakap dorang akan call dalam masa 2 minggu'
Mak diam.
Aku pun diam.
'Takpelah, kalau ada rezeki, adalah.
Mak sedapkan hati.

Esoknya, 
Tengah mandi aku terfikir.
Kenapa aku tak receive offer secepat mereka.
Dalam hati,
'Sebab ada demand salary so maybe dia akan refer ke HR'
Aku cuba untuk positif.
Dan aku rasa positif minded aku ni betul!
Cepat-cepat aku bagitau mak.
Mak cakap
'Kakpip fikir ke? Takpe, jangan mengharap. Kalau ada rezeki adalah.'
Aku tau. 
Mak taknak aku down.
Tu je.

Masa naik bas, aku menangis.
Sebak lak rasa. 
Positifnya mak untuk positifkan aku dan dia jugak.

Mulai dari hari aku balik,
Hp aku tak letak in silent mood pun.
Walaupun selalunya aku taknak ada gangguan.
Tambah lagi tengah shift malam.

Dan haritu..
Called from unknown number.
And aku expected, it's from 'somewhere hospital'

Alhamdulillah.
Berita baik.
Sangat baik.
Terus aku telefon mak.
Suara serak.
Sebab happy sangat sampai nak nangis.
Hahahaha

So, keputusan dibuat.
'Offer accepted. Offer letter signed!'

Kalau ada orang cakap 'takya nak over sangat'
But for me this is the best feeling, 
Bila kau akan tengok muka mak abah hari-hari.
Dan, kau pulang ke tempat asal.
Dan harapan mak kau tercapai.

Kau rasa puas?
Aku tersangatlah puas.

Alhamdulillah ya Allah.
Kau permudahkanlah urusan-urusan seterusnya.
Mungkin di situlah lubuk rezeki aku..



Wednesday, 28 September 2016

Kita Lain-lain

Kita lain-lain.
Hati lain.
Rupa lain.
Bentuk lain.
Cerita lain.
Perjalanan hidup lain.
Ujian pun lain.

Rambut je sama hitam.

Tapi,
Cerita aku A, cerita kau B.
Jalan hidup aku bengkok tanpa bendul.
Jalan hidup kau pula lurus berbendul.
Ujian aku susah sikit.
Mungkin kau belum ada ujian.

Tapi
Hidup kita ni macam roda.
Sentiasa berputar.
Kadang aku di bawah, kadang di atas.
Hidup tak selalunya bahagia.
Bahagia tak semestinya lama.

Jangan kita lupa.
Siapa diri kita.
Sedarlah sentiasa.
Semuanya kita pinjam dari 'Dia'.
Jangan angkuh.
Jangan takbur.
Semua ni dunia.
Yang tak kekal lama.